[TIDAK RASMI] PRN Johor: Hasni menang selesa di Benut

Astro Awani
Mac 12, 2022 21:18 MYT
Selepas 52 saluran dikira, Hasni jauh meninggalkan calon lawan dengan memperolehi 10,508 undi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, menang selesa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut selepas 52 saluran dikira, apabila beliau memperoleh 10,508 undi.
Hasni meninggalkan jauh calon Perikatan Nasional (PN), Isa Ab Hamid yang mendapat undi tidak rasmi 4,828 undi; manakala Haniff Ghazali Hosman yang mewakili Pakatan Harapan (PH) pula memperolehi 1,147 undi.
Seorang lagi calon, Iskandar Noor Ibrahim dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hanya mendapat 132 kerusi selepas 52 saluran dikira.
Hasni yang juga Menteri Besar Johor mula memenangi kerusi DUN Benut sejak PRU12 pada 2008.
[LAPOR LANGSUNG] PRN Johor: Keputusan tidak rasmi, BN kuasai 44 kerusi DUN
#Johor #Menteri Besar Johor #PRN Johor #Hasni Mohammad #DUN #Benut #Barisan Nasional #UMNO
;