[TIDAK RASMI] PRN Johor: BN kuasai 44 kerusi DUN

Astro Awani
Mac 12, 2022 12:45 MYT
BN juga dijangka akan menang di beberapa kerusi lagi untuk meneruskan siri kemenangan bergaya selepas PRN Melaka pada November tahun lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang selesa di 44 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Perkara tersebut dikongsikan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki menerusi akaun Twitternya.
"Alhamdulillah, BN sedang mendahului di 44 kerusi DUN. Teruskan berdoa. Moga-moga Allah memberikan kemenangan kepada BN demi #KestabilanMasaDepan rakyat dan negeri Johor," tulis beliau.

Alhamdulillah, BN sedang mendahului di 44 kerusi DUN. Teruskan berdoa. Moga-moga Allah memberikan kemenangan kepada BN demi #KestabilanMasaDepan rakyat dan negeri Johor.#JohorMemilih#PRNJohor#BNTetapDihati#BangkitKembali

— Dr Asyraf Wajdi (@drasyrafwajdi) March 12, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BN juga dijangka akan menang di beberapa kerusi lagi untuk meneruskan siri kemenangan bergaya selepas PRN Melaka pada November tahun lalu.
Selepas 14 hari berkempen, pengundi Johor menunaikan tanggungjawab mereka dalam pesta demokrasi yang diadakan pada hari ini (Sabtu).
PRN Johor diadakan selepas DUN negeri itu dibubarkan pada 22 Januari lalu.
KEPUTUSAN PRN JOHOR DI SINI
#Barisan Nasional #BN #UMNO #MCA #MIC #Johor #PRN Johor #kerajaan #Johor Memilih