[TIDAK RASMI] PRN Johor: BN dahului di 34 kerusi DUN
Astro Awani
Mac 12, 2022 19:37 MYT
Mac 12, 2022 19:37 MYT
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki dakwa BN sedang mendahului di 34 kerusi Dun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mendakwa parti itu kini sedang mendahului di 34 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Perkara itu dikongsikan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki menerusi akaun Facebooknya.
"Alhamdulillah, BN sedang mendahului di 34 kerusi DUN. Moga-moga Allah memberikan kemenangan kepada BN, insya-Allah," katanya.
Namun Asyraf tidak memperincikan kerusi DUN yang BN sedang mendahului.
#Barisan Nasional
#BN
#PRN Johor
#Dewan Undangan Negeri
#DUN
#demokrasi
#Asyraf Wajdi Dusuki
#Johor Memilih