[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli

Sinar Harian
Ogos 17, 2024 19:25 MYT
Awie (kiri) bersama masyarakat Orang Asli semasa berkempen sepanjang PRK DUN Nenggiri.
GUA MUSANG: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
Peti undi itu ialah Tohoi, Sungai Puian, Sungai Jenera, Simpor dan Sungai Wias
Jumlah undi tidak rasmi menunjukkan BN meraih 1,698 undi manakala Perikatan Nasional (PN) yang diwakili oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggunakan logo Pas, Mohd Rizwadi Ismail hanya memperoleh 177 undi sahaja. - Sinar Harian
#PRK Nenggiri #keputusan #BN #Orang Asli