TIDAK RASMI: N25 Dira Abu Zahar menang
Astro Awani
November 20, 2021 20:04 MYT
November 20, 2021 20:04 MYT
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) memperolehi kemenangan pertama dengan keputusan tidak rasmi di kerusi Dewan Udangan Negeri (DUN) N.25 Rim.
Calon BN, Datuk Khaidirah Abu Zahar setakat ini memenangi dengan 4,037 undi mengalahkan dua lagi calon dari Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).
Sehingga kini setelah selesai 36 peti undi dikira, calon PN Azalina Abdul Rahman mendapat 2,170 undi manakalah calon PH Prasanth Kumar memperolehi 2,163 undi.
Khaidirah atau Dira, 36, mengikut jejak langkah bapanya yang juga bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.
Pengundian di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bermula pukul 8 pagi dan berakhir tepat pukul 5.30 petang tadi dengan peratusan keluar mengundi sehingga pukul 4 petang adalah 61 peratus.
PRN Melaka terpaksa dilakukan ekoran pembubaran Dun pada 4 Oktober setelah empat Adun menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali.