KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.23 Telok Mas.
Mohd Rafiq memperolehi 3,148 undi tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Razak Abdul Rahman yang mendapat 4,759 undi.
Manakala calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Asraf Mukhlis Minghat mendapat 2,642 undi semnetara calon bebas Muhammad Arif Adly Mohammad memperolehi 114 undi.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: Pusat mengundi ditutup, proses kiraan undi berlangsung
Mohd Rafiq yang juga Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menang di kerusi DUN N.13 Paya Rumput pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
PRN Melaka terpaksa dilakukan ekoran pembubaran Dun pada 4 Oktober setelah empat Adun menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali.
Astro Awani
Sat Nov 20 2021
Mohd Rafiq yang juga Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menang di kerusi Dun N.13 Paya Rumput pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). - Gambar fail
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Mohd Rafiq kembali kepada UMNO
Permohonan yang sudah dikemukakan beberapa minggu lalu itu juga telah diterima sebulat suara.
PRU15: UMNO Melaka sedia buka ruang untuk Mohd Rafiq - Ab Rauf
UMNO Melaka bersedia membuka ruang kepada mana-mana individu yang ingin bersama-sama memperkukuh parti itu termasuk bekas Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.
PRU15: Keputusan Mohd Rafiq bersifat peribadi - Bersatu Melaka
Keputusan Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen meninggalkan parti sekali gus melepaskan semua jawatannya adalah bersifat peribadi.
PRU15: Mohd Rafiq umum keluar Bersatu, lepas jawatan Naib Presiden
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen mengumumkan keluar parti sekali gus melepaskan semua jawatannya dalam parti itu.
PRU15: Mohd Rafiq bakal keluar Bersatu?
"Tunggu sidang media esok," kata Naib Presiden Bersatu, Mohd Rafiq Naizamohideen.
PRN Johor: Syor larang bawa telefon bimbit ketika mengundi - Mohd Rafiq
Ia perlu dilakukan supaya senario 'sogokan' dengan cara mengambil gambar kertas undi tidak terjadi.
PRN Johor: BN punca ketidakstabilan politik - Mohd Rafiq
Rafiq berkata BN adalah punca kepada ketidakstabilan politik di peringkat negeri dan persekutuan.
Tambah baik pengurusan parti perlu dilaksanakan - Redzuan
Penambahbaikan dalam pengurusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu dilakukan bagi membolehkan asas perjuangan penubuhan parti berkenaan dapat dikembalikan.
Pengganti Mohd Rafiq diumum dalam masa terdekat - Muhyiddin
Peletakan jawatan Mohd Rafiq membolehkan rombakan Badan Pimpinan Negeri (BPN) dibuat susulan pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Peletakan jawatan Mohd Rafiq perlu jadi teladan pemimpin politik - Faizal Azumu
Keputusan itu mencerminkan kualiti tinggi seorang pemimpin kerana mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, baru-baru ini.