TIDAK RASMI: Mas Ermieyati tewas, Sulaiman dan Adly mendahului

Astro Awani
November 20, 2021 12:26 MYT
Calon Ketua Menteri dari BN dan PH, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Adly Zahari setakat ini mendahului lawan masing-masing. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Calon Ketua Menteri dari Perikatan Nasional (PN) Datuk Mas Ermieyati Samsudin tewas di tangan calon dari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.02 Tanjung Bidara.
Rauf mendapat 3,558 undi manakala Mas Ermieyati memperolehi 3,195 sementara calon Pakatan Harapan (PH) Zainal Hassan 489 undi.
Sementara di DUN Lendu yang menampilkan calon Ketua Menteri BN, Datuk Seri Sulaiman Md Ali terus mendahului dengan 3,293 undi mengatasi dua lagi pencabar, masing-masing memperoleh 908 undi (PN) dan 777 undi bagi calon PH.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: Pusat mengundi ditutup, proses kiraan undi berlangsung
Manakala calon Ketua Menteri dari Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari mendahului di kerusi Dun Bukit Katil dengan 4,041 undi setakat pukul 7.30 malam, menewaskan calon BN (3,757), PN (2,396) dan Bebas 81 undi.
PRN Melaka terpaksa dilakukan ekoran pembubaran Dun pada 4 Oktober setelah empat Adun menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali.
#PRN Melaka #Adly Zahari #Sulaiman Md Ali #Ab Rauf Yusoh #Mas Ermieyati Samsudin #Melaka Memilih