TIDAK RASMI: BN menang 21 kerusi, berjaya bentuk kerajaan di Melaka

Astro Awani
November 20, 2021 21:40 MYT
Sehingga kini, keputusan tidak rasmi PH hanya memenangi tujuh kerusi manakala Perikatan Nasional menang dua kerusi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) berjaya menubuhkan kerajaan di Melaka dengan memperolehi 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
BN juga berjaya merampas kerusi DUN Machap Jaya dan Gadek yang sebelum ini dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: Pusat mengundi ditutup, proses kiraan undi berlangsung
Sehingga kini, untuk keputusan tidak rasmi, PH hanya memenangi lima kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi dua kerusi.
PRN Melaka terpaksa dilakukan ekoran pembubaran DUN pada 4 Oktober setelah empat ADUN menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali.
#PRN Melaka #Barisan Nasional #Perikatan Nasional #Pakatan Harapan #Melaka Memilih
;