Tidak rasmi: BN kekalkan kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar

Astro Awani
Jun 18, 2016 21:42 MYT
BN berjaya mengekalkan kedua-dua kerusi pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar hari ini.
Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kedua-dua kerusi pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar hari ini.
Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kedua-dua kerusi pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar hari ini.
Kiraan tidak rasmi bagi Sungai Besar setakat jam 9.00 malam menunjukkan BN mendapat 14,354 undi, diikuti PAS dengan 5,925 undi dan Amanah mendapat 5,848.
Sementara di Kuala Kangsar, 12,086 undi untuk BN, PAS mendapat 7,633 undi dan Amanah mendapat 3,270.
PRK bagi kerusi Parlimen Sungai Besar bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi; calon PAS Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada parti Amanah.
Manakala, PRK kawasan Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Barisan Nasional (BN), PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bebas.
Mereka ialah Datin Mastura Mohd Yazid daripada BN, Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad, Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
#keputusan #Kuala Kangsar #PRK #SPR #Sungai Besar #tidak rasmi
;