[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram

Hasimi Muhamad
September 9, 2023 20:41 MYT
Setakat jam 8.11 malam, calon PH, Suhaizan Kayat memperoleh 36,703 undi menewaskan penyabar terdekat Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN). - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Keputusan tidak rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu.
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, setakat jam 8.11 malam, calon PH, Suhaizan Kayat memperoleh 36,703 undi menewaskan penyabar terdekat Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN).
Suhaizan setakat ini menang dengan majoriti lebih 12,000 undi.
Manakala, calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi memperoleh 408 undi, memetik kemas kini Asyraf Wajdi di laman Facebooknya.
KEPUTUSAN TIDAK RASMI DAN RASMI DI SINI
Sementara itu, calon PH DUN Simpang Jeram, Nazri Abdul Rahman memperoleh undi 10,528 mendahului calon PN, Dr Mohd Mazri Yahya yang mendapat 7,226 undi diikuti 243 undi oleh calon Bebas S Jeghanathan.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15, kedua-dua kerusi berkenaan dimenangi oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang meninggal dunia pada 23 Julai lalu.
#PRK Johor #PRK Simpang Jeram #PRK Pulai #Suhaizan Kayat
;