Tidak pernah label bekas pemimpin Pas sebagai 'jebon' - Saiful Bahri
Sharom Abu Bakar
April 15, 2018 18:44 MYT
April 15, 2018 18:44 MYT
Saya tidak pernah melabelkan mereka yang meninggalkan Pas sebagai jebon.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Saiful Bahri Mamat menegaskan beliau tidak tahu mengenai penggunaan istilah itu terhadap beberapa bekas pemimpin Pas.
"Dia kata pada siapa? Orang bukan jebon. Saya pun tidak tahu, apa entah jebon pun tak tahu.
"Mereka ini yang ditolak ahli muktamar bukan Pas pecat. Mereka (ahli muktamar) ini bijak memilih siapa nak jadi pemimpin. Jadi saya sendiri pernah bertanding Pas pusat dan tak lekat," katanya pada satu sidang media di sini, hari ini.
Sebelum ini, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu melahirkan kekecewaannya apabila rakaman suara dipercayai seorang pemimpin Pas mengakui menerima sejumlah wang dari parti lawan untuk menyingkirkan kumpulan yang dilabelkan sebagai jebon.
Beliau yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH) mendakwa gelaran jebon dalam rakaman audio berdurasi 20 minit 17 saat merujuk kepada beberapa bekas pemimpin Pas.
Antaranya termasuk Mohamad Sabu, Datuk Mahfuz Omar, Dr Hatta Ramli, Husam Musa, Khalid Samad dan Hanipa Maidin