Tidak mudah pecat Khalid, dia bagaikan keluarga - Anwar

T K Letchumy Tamboo
Ogos 24, 2014 12:41 MYT
ANWAR: Abdul Khalid sering mengamalkan sikap tidak peduli terhadap masalah rakyat
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah tidak mudah baginya.
"Khalid sahabat saya... saya anggap sebagai keluarga. Tidak mudah untuk saya (membuat keputusan itu),” katanya kepada lebih 5,000 perwakilan PKR yang hadir pada Kongres PKR ke-10 di Stadium Malawati, di sini hari ini.
Anwar berkata, beliau selalu mempertahankan Abdul Khalid apabila ahli partinya mempersoalkan kelemahan ADUN Pelabuhan Klang itu, tetapi beliau (Anwar) terpaksa membuat keputusan selepas mendapati Abdul Khalid sering mengamalkan sikap tidak peduli terhadap masalah rakyat.
Namun, Anwar mengakui banyak kebaikkan dilakukan oleh Abdul Khalid.
“Banyak kebaikkan yang dilakukannya... beliau ‘transparent’ dan jujur. Tetapi, dengarlah sikit," katanya.
#Anwar Ibrahim #Khalid Ibrahim #Kongress PKR #PKR