Tidak hadir temurapat: 'Saya di luar negara' - Azmin

Rahimah Abdullah
Julai 21, 2019 22:40 MYT
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kanan) membaca Yassin selepas menunaikan Solat Maghrib dan Solat Hajat pada Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor Seksyen 7 Shah Alam hari ini. - Foto BERNAMA
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan beliau berada di luar negara semasa berlangsungnya Temurapat Majlis Pimpinan Pusat 2018/2021 yang berakhir pada Sabtu.
Penjelasan ringkas itu sekali gus menjawab teka-teki mengenai ketidakhadirannya yang sepatutnya memberikan ucapan pada hari kedua majlis berkenaan.
“Saya di luar negara,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Doa Kesyukuran untuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di sini pada malam Ahad.
BACA: Azmin, Zuraida tidak hadir Temurapat PKR
BACA: Anwar sudah jangka Azmin tidak hadir program temurapat
Sabtu lalu, selain Azmin, Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin turut tidak hadir pada Hari Kedua Temurapat Majlis Pimpinan Pusat Sesi 2018/2021 tersebut.
Kedua-dua pemimpin itu sepatutnya memberikan ucapan kira-kira 15 minit seorang bersama pemimpin parti lain bermula 8.30 malam Sabtu.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pada itu berkata beliau sudah menjangkakan ketidakhadiran timbalannya dan pada masa sama menerima alasan urusan kerja diberikan Zuraida.
#Anwar Ibrahim #Azmin Ali #luar negara #Presiden PKR #Temurapat Majlis Pimpinan Pusat #tidak hadir temurapat #Timbalan Presiden PKR #Zuraida Kamaruddin
;