Tiada sidang media dari Redzuan - Setiausaha Politik
Astro Awani
Mei 29, 2020 18:39 MYT
Mei 29, 2020 18:39 MYT
Setiausaha Politik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Mohd Hafeez Mohd Yunus menafikan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof akan mengadakan sidang media khas pada Jumaat.
Dalam satu kenyataan Mohd Hafeez bekata, Mohd Redzuan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah kini sedang menjalani tempoh kuarantin.
"Pejabat ini menafikan berita yang tular ini dan tiada sebarang sidang akhbar khas dari pihak Pejabat Menteri," katanya.
Sejak tengah hari Jumaat, tular jemputan untuk membuat liputan sidang media khas Mohd Redzuan bersama Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Dr Shahruddin Md Salleh di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada jam 5 petang.
Sebelum ini portal Suara TV melaporkan seorang menteri daripada Bersatu disebut-sebut bakal mengumumkan meletak jawatan petang Jumaat.
Portal itu memaklumkan sumber dalaman Bersatu memaklumkan menteri tersebut akan mengadakan sidang media bagi memaklumkan perkara berkenaan.
#Alor Gajah
#Bersatu
#Dr Shahruddin Md Salleh
#Mahathir Mohamad
#Menteri di Jabatan Perdana Menteri
#Mohd Hafeez Mohd Yunus
#Mohd Redzuan Md Yusof
#Muhyiddin Yassin
#setiausaha politik
#Tugas-tugas Khas
#Tun M