Tiada sidang media - Azmin
Astro Awani
Februari 23, 2020 15:57 MYT
Februari 23, 2020 15:57 MYT
"I have no plans to hold any PC" (Saya tiada rancangan untuk buat sidang media).
Itu kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melalui WhatsApp kepada Astro AWANI sebentar tadi.
Terdahulu, Azmin dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dijangka buat satu "pengumuman penting" jam 3 petang ini dalam sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya.
Spekulasi kedua-dua pemimpin kanan PKR itu bakal meninggalkan parti berkenaan sedang bertiup kencang dalam kalangan ahli politik.