Tiada perubahan besar dalam pemilihan semula CEC DAP
Hafiz Marzukhi
November 12, 2017 18:03 MYT
November 12, 2017 18:03 MYT
Proses pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP hari ini, sebagai melaksanakan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), tidak menyaksikan perubahan besar dalam barisan pemimpin yang dipilih.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mengungguli pemilihan semula itu pada satu Kongres Khas yang diadakan di sini.
Beliau diikuti rapat oleh Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, yang mendapat 1,198 undi serta anaknya sendiri, Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng, yang mendapat 1,180 undi.
Berikut undian yang diperolehi oleh individu yang diundi masuk ke badan pembuat keputusan tersebut, dengan jumlah undi sah sebanyak 1,310.
1. Lim Kit Siang - 1,199 undi
2. Gobind Singh Deo - 1,198 undi
3. Lim Guan Eng - 1,180 undi
4. Anthony Loke - 1,175 undi
5. Liew Chin Tong - 1,123 undi
6. Teo Nie Ching - 1,080 undi
7. Chong Chieng Jen - 1,057 undi
8. Teresa Kok - 1,033 undi
9. Tan Kok Wai - 1,021 undi
10. Tony Pua - 1,020 undi
11. Nga Kor Ming - 967 undi
12. Fong Kui Lun - 949 undi
13. Chow Kon Yeow - 900 undi
14. M. Kulasegaran - 826 undi
15. Chong Eng - 734 undi
16. Teng Chang Khim - 702 undi
17. Ronnie Liew - 688 undi
18. Ngeh Koo Ham - 659 undi
19. Zairil Khir Johari - 649 undi
20. V. Sivakumar - 586 undi
Dua muka baru ialah Ronnie Liew yang merupakan bekas exco negeri Selangor dan Sivakumar, Ahli Parlimen Batu Gajah.