GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menafikan dakwaan akan berlaku pertukaran jawatan pentadbiran negeri itu susulan cuti panjang diberi kepada Timbalan Ketua Menteri II, Jagdeep Singh Deo.
Beliau sebaliknya menjelaskan, telah meluluskan cuti selama 11 hari kepada Jagdeep bagi membolehkannya mendapatkan rawatan kaki.
Menurut Kon Yeow, Jagdeep ada berjumpa dengannya pada 19 Julai lalu bagi mengemukakan surat permohonan cuti.
“Sebagaimana penjelasan beliau, tujuan permohonan cuti yang adalah untuk membolehkannya menjalani pemeriksaan dan berkemungkinan memerlukan prosedur pembedahan pada kaki kiri. Ia memerlukan kepakaran serta pemeriksaan lanjut daripada pakar perubatan pada kadar segera.
“Setelah mempertimbangkan penjelasan serta tujuan permohonan cuti beliau, saya telah memberi kelulusan cuti selama 11 hari bekerja bermula 22 Julai sehingga 5 Ogos 2024 sebagaimana dimohon oleh beliau” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurut Kon Yeow, Jagdeep juga sudah mula menerima rawatan yang diperlukan pada 22 Julai 2024.
Kenyataan itu sekali gus menafikan dakwaan kononnya Jagdeep diarah bercuti daripada tugasnya sebagaimana digembar-gemburkan sebelum ini.
Dalam pada itu, Kon Yeow turut menepis spekulasi yang mendakwa akan berlaku pertukaran jawatan yang disandang Jagdeep dan berkata isu berkenaan tidak pernah dibincangkan sebelum ini.
“Berhubung spekulasi bahawa akan berlakunya pertukaran jawatan yang disandang beliau kini, ia tidak pernah dibincangkan sebelum ini.
“Dengan ini, saya dan juga seluruh jentera barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendoakan supaya Jagdeep cepat sembuh dan kembali bersama-sama meneruskan agenda pembangunan negeri Pulau Pinang demi kepentingan seluruh rakyat Pulau Pinang," katanya.
Sebelum ini, timbul spekulasi Jagdeep diarahkan bercuti daripada tugasnya di dalam pentadbiran negeri.
Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut sebaliknya menegaskan bahawa Ketua Menteri yang memberi kelulusan untuknya bercuti bagi mendapatkan rawatan lanjut bahagian buku lali yang sakit.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Jul 23 2024
Kon Yeow telah meluluskan cuti selama 11 hari kepada Jagdeep bagi membolehkannya mendapatkan rawatan kaki.
Curi barang kemas: Polis serah kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara
Rusdi berkata pihaknya juga mencadangkan pertuduhan terhadap suspek di mahkamah dan buat masa ini suspek masih bertugas.
Consider This: 2024 US Election (Part 1) — Gaza and the Ballot
It’s Election Day in the US, and swing state Michigan is in the spotlight. Michigan has the country’s largest proportion of Arab-Americans, and was once a Democratic stronghold. But frustrations over America’s support for Israel in its war on Gaza, means that in Michigan, the race between Kamala Herris and Donald Trump is impossibly close. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Saeed Khan, Founding member of the Institute for Social Policy and Understanding. He’s also an associate professor of Near Eastern and Asian Studies at Wayne State University.
MTL: JAKOA siap sedia hadapi banjir
JAKOA sudah bersiap sedia bagi menghadapi MTL yang bermula hari ini hingga Mac tahun depan bagi memastikan penduduk Orang Asli di kawasan berisiko terjejas banjir dapat diberi bantuan segera.
Consider This: 2024 US Election (Part 2) — Gaza and the Ballot
It’s Election Day in the US, and swing state Michigan is in the spotlight. Michigan has the country’s largest proportion of Arab-Americans, and was once a Democratic stronghold. But frustrations over America’s support for Israel in its war on Gaza, means that in Michigan, the race between Kamala Herris and Donald Trump is impossibly close. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Hayg Oshagan, Founder and Director of New Michigan Media. He’s also an Associate Professor in the Department of Communication at Wayne State University.
AWANI Ringkas: KDN beri penjelasan di Dewan Rakyat Khamis ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Teknologi pengecasan tanpa wayar ada potensi besar berkembang di Malaysia -MARii
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive, Robotics and Internet of Things Institute (MARii), Azrul Reza Aziz berkata teknologi pengecasan tanpa wayar bagi kenderaan elektrik (EV) mempunyai potensi untuk berkembang di Malaysia. Jelasnya, ia antara teknologi yang pesar membangun, berbanding teknologi pertukaran bateri yang memerlukan kos pembangunan fasiliti yang tinggi. #AgendaAWANI
RUU Sewaan Kediaman digubal secara neutral, tidak diskriminasi mana-mana kaum - KPKT
Sebarang penyediaan program perumahan serta penggubalan undang-undang dan peraturan berkaitan perumahan adalah bersifat neutral dan tidak meminggirkan atau mendiskriminasi mana-mana bangsa dan agama.
Standard Pertukaran Bateri akan diperkenalkan menjelang akhir tahun - MARii
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive, Robotics and Internet of Things Institute (MARii), Azrul Reza Aziz berkata Standard Pertukaran Bateri atau Battery Swapping Standard akan dijangka akan diperkenalkan pada akhir tahun ini. Jelasnya, standard ini melibatkan kenderaan elektrik (EV) dua roda bagi memastikan akses kepada kenderaan EV lebih luas. #AgendaAWANI Agenda AWANI
PRR pertama akan dilancarkan pada 2025, sempena kepengerusian ASEAN Malaysia - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025. Jelasnya, ia sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia. #AgendaAWANI
PRR akan kuatkuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuatkuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan. Jelasnya, bagi penghuni yang tidak membayar komitmen tetap kepada PRR, maka individu tersebut akan dihalang daripada meningkat fasiliti di perumahan awam terbabit. #AgendaAWANI
"Otai Reformis 98 ibarat nyamuk" - Zuraida
Otai Reformis 98 diibaratkan sebagai nyamuk oleh Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.
'Saya lahir di Perak bukan Singapura, sudah sudahlah meroyan!' - Farhash Wafa
Selepas ucapan berapi yang disampaikan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin dalam Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran