Tiada pertemuan, panggilan telefon antara PM dan MP Kuala Kangsar - TPM Zahid

Ridauddin Daud
Oktober 13, 2023 19:26 MYT
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap pada sidang media selepas pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sokongan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid kepada Kerajaan Perpaduan adalah atas pilihan peribadi.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada perjumpaan atau panggilan telefon daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pemimpin tersebut.
"Kabinet telah dimaklumkan pagi tadi bahawa Ahli Parlimen Kuala Kangsar tidak pun telefon atau bertemu dengan Perdana Menteri atau mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri mengenai sokongan beliau kepada Kerajaan Perpaduan tanpa beliau keluar daripada partinya.
"Perkara ini atas peribadi beliau sendiri," katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen pada Jumaat.
#Ahli Parlimen Kuala Kangsar #Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid #Kerajaan Perpaduan #Perdana Menteri Anwar Ibrahim #Ahmad Zahid Hamidi
;