Tiada mesyuarat di ibu pejabat Bersatu, pimpinan Bersatu adakan perjumpaan di Publika
Raja Hisyam Raja Zaid
Ogos 16, 2021 18:08 MYT
Ogos 16, 2021 18:08 MYT
PETALING JAYA: Mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang dijadual berlangsung di ibu pejabat parti itu di sini tidak berlangsung seperti yang dirancang selepas Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menghadirinya.
Sebaliknya, kesemua pimpinan parti itu bergegas keluar daripada bangunan tersebut dan difahamkan menuju ke ibu pejabat Perikatan Nasional (PN) di Publika di sini.
Kesemua ahli MPT bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen ketika media bertanyakan perkembangan terkini khususnya agenda pertemuan tersebut diadakan.
Antara pemimpin tertinggi parti yang hadir ialah Datuk Seri Faizal Azumu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Zuraida Kamaruddin, Datuk Radzi Jidin, Datuk Saifuddin Abdullah dan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
#Bersatu
#Majlis Pimpinan Tertinggi
#Mesyuarat tergempar
#kediaman Muhyiddin
#Muhyiddin Yassin
#Presiden Bersatu