Tiada mesyuarat Biro Politik UMNO, Ahmad Maslan sifatkan 'jemputan media' berita palsu

Fareez Azman
Jun 20, 2021 13:08 MYT
Ahmad Maslan menegaskan bahawa tiada jemputan media dikeluarkan daripada pejabatnya berhubung apa-apa program pada Ahad. - Gambar fail/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa pejabatnya tidak membuat sebarang jemputan media untuk apa-apa program hari ini.
Ia sekali gus menafikan khabar angin kononnya satu mesyuarat Biro Politik UMNO akan diadakan hari ini.
Dalam ciapan di Twitternya hari ini, Ahmad menyifatkan khabar mengenai panggilan media itu sebagai berita palsu.
Malah tambah Ahmad, dalam tempoh seminggu terdapat tiga berita palsu berlegar tentang UMNO.
"Konon Presiden (UMNO) pecat Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, konon Presiden UMNO panggil Menteri UMNO (Bermesyuarat), konon ada jemputan media," jelas Ahmad.

Pejabat saya tidak ada membuat panggilan media untuk apa2 program pada hari ini Panggilan media itu adalah satu bentuk fake news. Dlm seminggu ini sudah ada 3 fake news ttg #UMNO Konon Presiden pecat DS Hisham Konon Presiden panggil Menteri UMNO Konon ada jemputan media..

— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) June 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, satu laporan memetik sumber mengatakan bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan memanggil Biro Politik untuk bermesyuarat pada Ahad.
Kemas kini prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini menetapkan bahawa sebarang mesyuarat perlu dilaksanakan secara sidang video.
Malah beberapa ahli politik sebelum ini terpaksa membatalkan sidang media yang dijadualkan kerana tidak dibenarkan bertentangan dengan SOP.
#Zahid Hamidi #Ahmad Maslan #UMNO #khabar angin #berita palsu #MKN #mesyuarat Biro Politik #politik