Tiada masalah jika Amanah hendak bertanding di kerusi PAS - Iskandar
Hilal Azmi
Januari 2, 2017 07:04 MYT
Januari 2, 2017 07:04 MYT
PAS sedia menghadapi apa saja kemungkinan yang disifatkan sebagai 'landskap politik baru'.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad dalam satu kenyataan berkata, jentera pilihan rayanya telah bersedia untuk menghadapi kemungkinan satu lawan satu ataupun pertembungan tiga penjuru.
"Jika ada persetujuan untuk satu lawan satu, PAS boleh menghormatinya.
"Jika tiada persetujuan dan berlaku situasi 'free for all', PAS bersedia untuk menerokai kawasan-kawasan baru," katanya.
Jelas beliau lagi, pihaknya tiada masalah sekiranya PAS mahu bertanding di kerusi-kerusi yang dimenanginya atau pernah ditandingi kerana ianya adalah hak mereka dalam negara demokrasi.
"Kalau betul hendak menggantikan PAS maka silakan bertanding melawan PAS.
"Jangan pula menyuruh parti lain berlawan dengan PAS kerana tidak berani berhadapan dengan PAS, kami tunggu!" ujarnya..