Tiada komen, bagi saya 'cool down' dulu - Bung Moktar

Assim Hassan
Ogos 19, 2020 10:50 MYT
BUNG MOKTAR: Bagi saya 'cool down' dulu. - Gambar fail
Susulan kritikan dilemparkan terhadapnya berhubung pelantikan sebagai ketua Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengambil sikap berdiam diri.
Katanya, beliau mahu mengambil tempoh bertenang sebelum memberi sebarang komen mengulas kenyataan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang mahu menyingkirkannya dari tugas itu.
“Saya belum mahu komen apa-apa. Bagi saya 'cool down' dulu,” katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Malam tadi, Abdul Rahman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada satu sidang media tergempar bersama beberapa ketua UMNO Bahagian dari Sabah menyifatkan keputusan meletakkan Bung Moktar mengetuai jentera bagi menghadapi PRN Sabah, sebagai satu tindakan 'bunuh diri'.
BACA: Sabah Memilih: Biar Bung Moktar ketuai jentera adalah langkah 'bunuh diri' - Rahman Dahlan
Bekas Ahli Parlimen Kota Belud itu menggesa Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengkaji semula keputusan melantik Bung Moktar yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah.
Dakwanya, Bung Moktar sedang dibelenggu dengan perbicaraan kes mahkamah, justeru akan menyebabkan UMNO Sabah berada pada kedudukan yang tidak stabil untuk memenangi hati rakyat.
#Abdul Rahman Dahlan #Bung Moktar Radin #cool down #langkah bunuh diri #mahkamah #pilihan raya negeri #PRN Sabah #Sabah #Sabah Memilih #tempoh bertenang #UMNO
;