Tiada guna berpolitik jika tidak daftar pemilih
Wan Syamsul Amly
September 27, 2016 12:35 MYT
September 27, 2016 12:35 MYT
Rakyat negara ini diminta tidak merasakan tugas untuk mendaftar sebagai pengundi sebagai tanggungjawab yang membebankan.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, ia kini menjadi semakin mudah dengan bantuannya yang akan membantu menjadikan rakyat negara ini sebagai masyarakat yang prihatin.
"PRU ke-14 tidak lama lagi, sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi? Tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda sepatutnya kita lebih bertanggungjawab kepada negara, terutamanya ketika mengundi.
"Sebagai rakyat, waktu pilihan raya itulah waktu yang paling bermakna untuk melaksanakan tugas sebagai rakyat yang akan memilih kerajaan yang bertanggungjawab.
"Jangan asyik mengadu sana sini, orang berpolitik awak pun hendak berpolitik, viral sana sini. Tapi kalau tidak mengundi tidak ada guna juga. Jadi apa tunggu lagi, jom sama-sama kita mendaftar, menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang prihatin," katanya.