Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata sepanjang empat tahun beliau berkhidmat dengan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tiada sebarang campur tangan politik dalam urusan pentadbiran di negeri ini.
Beliau berkata Abdul Khalid, yang menjadi Menteri Besar dua penggal berturut-turut sejak Mac 2008, memberi kepercayaan penuh kepadanya untuk melaksanakan segala dasar membabitkan negeri dan rakyat.
"Kita dalam barisan pentabiran negeri tidak pernah menghadapi sebarang tekanan sewaktu Abdul Khalid berkhidmat dan bebas membuat keputusan mengikut dasar yang telahpun dipersetujui," katanya ketika berucap di majlis perpisahan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor di Bangunan SUK hari ini.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali menerima surat pelantikan sebagai Menteri Besar Selangor baharu menggantikan Abdul Khalid.
Majlis mengangkat sumpah Mohamed Azmin, yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), akan berlangsung di Istana Alam Shah, Klang pukul 10 pagi esok.
Mohammed Khusrin juga berkata antara pencapaian terbesar Abdul Khalid dalam pentadbirannya ialah mengembalikan hak air kepada rakyat Selangor dengan menstruktur semula industri air di negeri ini.
Dalam pada itu, sumber dari pejabat Menteri Besar Selangor berkata Abdul Khalid tidak akan menghadiri majlis angkat sumpah menteri besar baharu esok sebab akan ke luar negara untuk bercuti.
Bernama
Mon Sep 22 2014
![Tiada campur tangan politik dalam pentadbiran Abdul Khalid - SUK Tiada campur tangan politik dalam pentadbiran Abdul Khalid - SUK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/51390278498_295x200.jpg)
Mohammed Khusrin berkata Abdul Khalid memberi kepercayaan penuh kepadanya untuk melaksanakan segala dasar membabitkan negeri dan rakyat. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Berita pemergian bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim tidak benar Berita pemergian bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim tidak benar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41620536407_AbdulKhalidIbrahim.jpg)
Berita pemergian bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim tidak benar
Abdul Khalid sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat dan sedang dalam rawatan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
![Saya masih dikurniakan umur yang panjang - Abdul Khalid Saya masih dikurniakan umur yang panjang - Abdul Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51620527590_AbdulKhalidIbrahim.jpg)
Saya masih dikurniakan umur yang panjang - Abdul Khalid
Abdul Khalid memuat naik hantaran tersebut menerusi akaun Facebooknya pagi tadi setelah keluarga dan pegawainya banyak menerima mesej kononnya beliau telah meninggal dunia.
![Krisis air: Rakyat diutamakan, bukan pemilik konsesi, pengilang haram - Khalid Ibrahim Krisis air: Rakyat diutamakan, bukan pemilik konsesi, pengilang haram - Khalid Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51599301279_BEKALANAIR.jpg)
Krisis air: Rakyat diutamakan, bukan pemilik konsesi, pengilang haram - Khalid Ibrahim
Pesanan itu disuarakan menerusi satu ciapan di laman Twitter beliau yang menyentuh isu air di negeri berkenaan yang kerap dibincangkan beberapa hari ini.
![Azmin dilantik menteri kanan Azmin dilantik menteri kanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51583034544_TBAZMINALI.jpg)
Azmin dilantik menteri kanan
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang merupakan salah seorang pemain utama dalam pengaturan semula politik tempatan baru-baru ini kembali semula menyertai kabinet sebagai menteri kanan.
!['Saya lahir di Perak bukan Singapura, sudah sudahlah meroyan!' - Farhash Wafa 'Saya lahir di Perak bukan Singapura, sudah sudahlah meroyan!' - Farhash Wafa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/51560876300_AnwarAzminFarshah.jpg)
'Saya lahir di Perak bukan Singapura, sudah sudahlah meroyan!' - Farhash Wafa
Selepas ucapan berapi yang disampaikan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin dalam Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran
![Kedudukan MB Selangor bergantung kepada Azmin - Penganalisis politik Kedudukan MB Selangor bergantung kepada Azmin - Penganalisis politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61563507589_TBMBJOHOR.jpg)
Kedudukan MB Selangor bergantung kepada Azmin - Penganalisis politik
Kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bergantung kepada sejauh mana kekuatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyaingi kem-kem lain yang wujud di dalam arti itu sendiri.
![Setiap janji manifesto pilihan raya perlu dipenuhi tanpa banyak alasan Setiap janji manifesto pilihan raya perlu dipenuhi tanpa banyak alasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71564195448_PRK.jpg)
Setiap janji manifesto pilihan raya perlu dipenuhi tanpa banyak alasan
Sekiranya manifesto pilihan raya diikat dengan kuasa undang-undang, setiap ahli politik serta parti politik akan lebih mengambil serius terhadap manifesto pilihan raya mereka.
![Isu klinik ditutup angkara makhluk halus dibawa ke KKM Isu klinik ditutup angkara makhluk halus dibawa ke KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/41557330276_Klinik.jpg)
Isu klinik ditutup angkara makhluk halus dibawa ke KKM
Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengambil tindakan sewajarnya berhubung penutupan sementara itu.
![Wang khairat kematian: MB Selangor akan umum manfaat lain - Halimey Wang khairat kematian: MB Selangor akan umum manfaat lain - Halimey](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41556449421_Halimey.jpg)
Wang khairat kematian: MB Selangor akan umum manfaat lain - Halimey
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari akan mengumumkan manfaat lain untuk menggantikan pemberian wang khairat kematian kepada rakyat.
![Cadangan wajibkan suntikan vaksin dibentang 8 Mei ini - Dr Dzulkefly Cadangan wajibkan suntikan vaksin dibentang 8 Mei ini - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51556061321_Vaccine.jpg)
Cadangan wajibkan suntikan vaksin dibentang 8 Mei ini - Dr Dzulkefly
Kewajipan imunisasi adalah pilihan untuk memastikan anak-anak dapat dilindungi dan mencapai imuniti kelompok sehingga 97 peratus penerimaan ibu bapa.