Threads umum miliki lebih 200 juta pengguna aktif

Amanz
Ogos 3, 2024 10:35 MYT
Meta kini berkongsi menyatakan media sosial terbaru di bawah mereka, Threads kini mempunyai lebih 200 juta pengguna aktif. -Reuters
META kini berkongsi menyatakan media sosial terbaharu di bawah mereka, Threads kini mempunyai lebih 200 juta pengguna aktif.
Perkongsian baharu ini hadir selang sebulan selepas Mark Zuckerberg menyatakan Threads mempunyai lebih 175 juta pengguna aktif bulanan.
Perkembangan Threads dilihat terus sihat, apatah lagi angka ini dicapai selang setahun selepas perkhidmatan berkenaan dilancarkan secara rasminya.
Ketika pengenalan, ramai menyasarkan ia sebagai pesaing terdekat kepada X (dulunya dikenali sebagai Twitter).
Threads pada hari ini mempunyai komuniti dan peminatnya tersendiri. Malah, dengan sokongan perkongsian rentas platform Meta, ia turut diminati ramai, sekali gus membolehkan pengguna Instagram berinteraksi dengan komuniti mereka dengan mudah.
Mark Zuckerberg juga sebelum ini pernah berkongsi sasaran menyatakan Threads berpeluang untuk menjadi laman sosial seterusnya yang mencapai lebih 1 bilion pengguna.
Buat masa ini, Threads masih bebas daripada pengiklanan – sekali gus membolehkan pengguna menikmati kandungan padanya tanpa sebarang gangguan iklan. -Amanz
#Meta #Threads #pengguna aktif bulanan #Mark Zuckerberg