Tey Kok Kiew kekal Pengerusi DAP Melaka

Bernama
April 18, 2021 21:42 MYT
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (kanan) bersama Pengerusi DAP Melaka Datuk Tey Kok Kiew (dua, kiri) pada Konvensyen Biasa DAP Melaka Kali Ke-20, hari ini. - Bernama
MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banda Hilir Tey Kok Kiew kekal sebagai Pengerusi DAP Melaka bagi penggal 2021-2024.
Perkara tersebut diumumkan Speaker Konvensyen DAP Melaka kali ke-20 Leong Yu Man di sini hari ini.
Sementara itu, ADUN Gadek G. Saminathan kekal sebagai Timbalan Pengerusi DAP Melaka manakala Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong mempertahankan jawatan sebagai Naib Pengerusi.
Jawatan Setiausaha negeri pula disandang Damien Yeo Shen Li manakala Setiausaha Organisasi diwakili Wong Kim Yong.
Kesemua 15 calon bagi jawatan yang dipertandingkan menang tanpa bertanding pada konvensyen tersebut yang dirasmikan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Seramai 294 daripada 554 perwakilan hadir menunaikan tanggungjawab mereka pada konvensyen berkenaan.
-- BERNAMA
#Pengerusi DAP Melaka #Tey Kok Kiew #Adun Banda Hilir #mengekalkan jawatan #Konvensyen DAP Melaka
;