TERKINI! Pusat mengundi SK Jalan U3, Subang Perdana terbakar!

Sinar Harian
Mei 9, 2018 06:24 MYT
Proses mengundian di saluran satu ini terus dijalankan dalam keadaan gelap buat sementara waktu dan telah pun digantikan dengan lampu sementara. - Foto Astro AWANI
Dewan mengundi Sekolah Kebangsan Jalan U3 Subang Perdana bagi Parlimen Sungai Buloh dan Kota Damansara terbakar kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.
Kejadian berlaku ketika proses pengundian bagi saluran satu sedang berjalan.

Menurut sumber, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas, bagaimanapun berjaya dikawal dan api dipadamkan

Wartawan Sinar Harian bagaimanapun tidak dibenarkan masuk dan mengambil gambar lokasi kejadian.
Proses mengundian di saluran satu ini terus dijalankan dalam keadaan gelap buat sementara waktu dan telah pun digantikan dengan lampu sementara.
Setakat maklumat yang diterima, sama ada saluran mengundi akan ditukarkan ke bahagian lain tidak dapat dipastikan.
Sementara itu, seorang saksi berkata, mereka terdengar bunyi letupan sebelum kebakaran berlaku.
Kejadian bagaimanapun tidak mencetuskan suasana panik.
Proses pengundian ketika ini masih berjalan seperti biasa dan pasukan bomba dan penyelamat masih berada di lokasi bagi memastikan keselamatan pengundi dan tempat terjamin.

#kebakaran #Kota Damansara #Malaysia Memilih #Parlimen Sungai Buloh #Pilihan Raya Umum ke-14 #PRU14 #Saluran Satu #sekolah #Subang Perdana