Terkini! Calon PKR Najwan Halimi ditukar ke Kota Anggerik, Shaharuddin ke Seri Setia

Astro Awani
April 25, 2018 22:24 MYT
Sehingga kenyataan rasmi dikeluarkan, sumber terbabit memaklumkan kerusi N32 yang sebelum ini ditandingi Najwan (kiri) telah ditukar kepada Shaharuddi yang diletakkan di kerusi N40.
Isu pemilihan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor masih belum selesai dengan satu mesyuarat tergempar diadakan pada petang Rabu.
Menurut sumber rapat kepada Astro AWANI mesyuarat dikatakan terarah kepada beberapa calon yang diletakkan di kerusi Dun N32 Seri Setia dan N40 Kota Anggerik.
Sehingga kenyataan rasmi dikeluarkan, sumber terbabit memaklumkan Mohd Najwan Halimi yang sebelum ini dinamakan untuk bertanding di kerusi Dun N32 Seri Setia telah ditukar ke kerusi Dun N40 Kota Anggerik.
Naib Presiden PKR, Profesor Shaharuddin Badaruddin pula akan bertanding di kerusi Dun N32.
BACA: PKR Selangor sedang mengadakan mesyuarat tergempar?
Sebelum ini pencalonan beberapa individu yang diumum pada Isnin telah mendapat bantahan penyokong parti itu yang mahu PKR meletakkan calon yang dipilih mereka serta mengambil kira isu setempat.
Antara isu calon yang yang dibangkitkan adalah kerusi N39 Kota Damansara dan kerusi parlimen P109.
#calon #Malaysia Memilih #Parti Keadilan Rakyat #pemilihan #Pilihanraya Umum ke-14 #PKR #PRU14 #rakyat
;