Tepat pukul 5 petang ditutup, tiada lanjutan! - SPR
Hafiz Marzukhi
Mei 9, 2018 15:51 MYT
Mei 9, 2018 15:51 MYT
Tiada lanjutan tempoh pengundian walaupun barisan beratur panjang.
Ini kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah apabila ditanya kemungkinan tempoh dilanjutkan.
"Tidak boleh.
"Tempoh waktu pengundian adalah dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Ia sudah digazetkan," katanya.
Perkara ini berbangkit memandangkan rungutan daripada orang ramai berhubung kesesakan di pusat pengundian.