Teo Nie Ching dipilih Pengerusi DAP Johor
Bernama
Oktober 6, 2024 21:45 MYT
Oktober 6, 2024 21:45 MYT
JOHOR BAHRU: Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor bagi penggal 2024/2027 menggantikan Liew Chin Tong yang menyandang jawatan itu sejak 2014.
DAP Johor dalam kenyataan hari ini memaklumkan Teo yang juga Timbalan Menteri Komunikasi meraih jumlah undi ketiga tertinggi iaitu 692 dalam pemilihan yang diputuskan pada Konvensyen Biasa DAP Johor di sini hari ini.
Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi yang meraih undi 606 dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP negeri manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penggaram Gan Peck Cheng yang mendapat 601 undi dipilih sebagai Naib Pengerusi DAP negeri.
Sheikh Umar Bagharib Ali dengan undian 567 kekal sebagai Naib Pengerusi DAP Johor, ADUN Stulang Andrew Chen Kah Eng (717) dilantik sebagai Setiausaha DAP negeri manakala Pegawai Khas Ahli Parlimen Iskandar Puteri Ng Siam Luang yang meraih undi paling tinggi (764) dipilih sebagai Penolong Setiausaha DAP Negeri.
ADUN Jementah Ng Kor Sim yang mendapat undi 623 dilantik sebagai Bendahari DAP Johor dan ADUN Mengkibol Chew Chong Sin yang meraih 599 undi dipilih sebagai Penolong Bendahari DAP negeri.
ADUN Johor Jaya Liow Cai Tung dilantik sebagai Setiausaha Organisasi DAP Johor, Ahli DAP Boon Sin Wei dan Kartiyaini Jeyapalan masing-masing dilantik Penolong Setiausaha Organisasi DAP negeri, ADUN Senai Wong Bor Yang sebagai Setiausaha Publisiti, Ahli DAP Yong Hui Yi pula Penolong Setiausaha Publisiti DAP negeri dan Tee Boon Tsong sebagai Pengarah Pendidikan Politik DAP negeri.
Jawatankuasa baharu itu turut dianggotai Liew yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Ahli Parlimen Labis Pang Hock Liong, ADUN Skudai Marina Ibrahim, ADUN Bentayan Ng Yak Howe dan dua Ahli DAP Shazwan Zdainal Abidin dan Dr A. Ruban.
Berikut senarai Jawatankuasa DAP Johor 2024-2027:
Pengerusi: Teo Nie Ching
Timbalan Pengerusi: Wong Shu Qi
Naib pengerusi:
Gan Peck Cheng
Sheikh Umar Bagharib Ali
Setiausaha: Andrew Chen Kah Eng
Penolong Setiausaha: Ng Siam Luang
Bendahari: Ng Kor Sim
Penolong Bendahari: Chew Chong Sin
Setiausaha Organisasi: Liow Cai Tung
Penolong Setiausaha Organisasi:
Boon Sin Wei
Kartiyaini Jeyapalan
Setiausaha Publisiti: Wong Bor Yang
Penolong Publisiti: Yong Hui Yi
Pengarah Pendidikan Politik: Tee Boon Tsong
AJK:
Liew Chin Tong
Pang Hock Liong
Marina Ibrahim
Ng Yak Howe
Shazwan Zdainal Abidin
Dr A. Ruban
-- BERNAMA