Tengku Zafrul akan menggantikan bekas Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15.
Bekas pegawai bank itu memulakan tugasnya sebagai Menteri pada 9 Mac 2020 apabila beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan di bawah pentadbiran Muhyiddin seterusnya dilantik semula ke jawatan yang sama pada 27 Ogos 2021, di bawah pentadbiran Ismail Sabri.
Sepanjang tempohnya di Kementerian Kewangan, kerajaan telah melaksanakan lapan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion untuk menangani pandemik COVID-19.
![Anwar Ibrahim](https://img.astroawani.com/2022-12/81669997887_freesize.jpg)
Tengku Zafrul juga bertanggungjawab terhadap Pelan Pemulihan Negara dan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana).
[LAPOR LANGSUNG] Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar
DAPATKAN LIPUTAN KERAJAAN PERPADUAN DI LAMAN MIKRO INI
BACA: Ahmad Zahid, Fadillah dilantik TPM. Ini senarai penuh Kabinet Perpaduan pimpinan PM Anwar
Beliau bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Kuala Selangor pada pilihan raya umum ke-15 namun kalah.
Sebelum dilantik dalam kerajaan, Tengku Zafrul ialah ketua pegawai eksekutif kumpulan dan pengarah eksekutif CIMB Group Holdings Bhd.
Azmin pula berkhidmat sebagai Menteri Kanan (Kluster Ekonomi) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dari tahun 2020 hingga 2022.
-- BERNAMA