Tempat duduk tiga MP pembangkang sokong Anwar bertukar

Sinar Harian
November 14, 2023 17:33 MYT
Hantaran di aplikasi X Syahredzan pada Selasa.
KUALA LUMPUR: Kedudukan kerusi tiga daripada empat ahli Parlimen pembangkang yang menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditukarkan dalam Dewan Rakyat.
Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan menerusi hantaran di aplikasi X pada Selasa.
"Tiga MP (ahli Parlimen) Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dipindahkan ke belakang YB Muar (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman)," katanya.
Sebelum ini Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dilapor menerima permohonan empat ahli Parlimen berkenaan untuk menukar kedudukan kerusi di Dewan Rakyat.
Permohonan tersebut dibuat Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli).
Dalam pada itu Syahredzan turut memaklumkan, kerusi Ahli Parlimen Kuala Kangsar masih belum bertukar.
"Masih sama setakat sekarang," ujarnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
#tempat duduk wakil rakyat #sokong Anwar #Anwar Ibrahim #Dewan Rakyat #Ahli Parlimen Bangi #Syahredzan Johan
;