Teka-teki terjawab! Mahfuz Omar sertai Amanah

Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Mac 15, 2018 12:21 MYT
Mahfuz (dua, kiri) bersama para pemimpin Pakatan Harapan Mohamad Sabu (dua, kanan) Salahuddin Ayub (kanan) Teresa Kok (tengah) dan Nurul Izzah Anwar (kiri) di Parlimen hari ini. - Astro AWANI/Shahir Omar
Persoalan parti mana yang akan disertai bekas Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar terjawab selepas beliau mengumumkan penyertaannya dalam Parti Amanah Negara (Amanah).
"Saya meninggalkan Pas kerana sering flip-flop dalam hala tuju mereka.
"Akhirnya, ia menimbulkan kecelaruan dalam menentukan siapa memegang kuasa pentadbiran negara ini," kata Mahfuz.
Walaupun telah meninggalkan Pas, Mahfuz berkata beliau tidak pernah meninggalkan ahli Pas kerana sering berdamping dengan mereka bagi meyakinkan golongan ini untuk menyokong perjuangan Pakatan Harapan.
"Bagi saya,perjuangan perlu diteruskan. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana sudi bekerjasama dengan saya," kata Mahfuz.

#TERKINI #MalaysiaMemilih amatlah kedudukan saya sebagai Ahli Parlimen BebasDatuk Mahfuz Omar umum sertai Parti Amanah Negara (Amanah). Tanda tanya kini terjawab. @501Awani pic.twitter.com/KKEXPW1zJz

— Asyraf Hasnan AWANI (@AsyrafAWANI) March 15, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bangunan Sementara di Parlimen hari ini.
Selain Mahfuz, bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Rosli Yaacob turut mengumumkan penyertaannya dalam Amanah.
Majlis ini dihadiri pemimpin tertinggi Amanah seperti Presiden Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Salahuddin Ayub serta Setiausaha Agung Anuar Tahir.
Ia turut disertai pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dari parti komponen seperti DAP dan PKR.
Mahfuz, 61 tahun, berkecimpung dalam Pas selama 34 tahun dan menjadi Ahli Parlimen Pokok Sena sejak tahun 2008 mewakili Pas.
Beliau pernah memenangi kerusi tersebut dalam Pilihan Raya Umum pada 1999 namun tewas di kerusi sama pada PRU 2004.
#Amanah #Mahfuz Omar #Mohamad Sabu #Pakatan Harapan #Parti Amanah Negara #pilihan raya umum #Pilihan Raya Umum ke-14 #pokok sena #PRU14 #Salahuddin Ayub
;