Tegurlah Hadi, jangan sokong presiden hingga bawa rebah - Hanipa Maidin

Mariah Ahmad
Mac 13, 2015 04:16 MYT
HANIPA: Mereka yang tidak mahu menyuarakan kelemahan pimpinan, adalah mereka yang merosakkan PAS.
Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin menasihati semua ahli Pas agar lebih berani dalam memberi teguran kepada Datuk Seri HadI Awang, demi kebaikan parti.
Malah, beliau berkata, mereka yang tidak mahu menyuarakan kelemahan pemimpin, adalah kalangan yang merosakkan parti itu sendiri.
"Saya berpegang kepada jangan sokong bawa rebah. Saya sering tegur apabila dalam atau luar mesyuarat. Mereka yang merosakkan Pas adalah mereka yang menyokong presiden bawa rebah.
"Yang tak mahu tegur presiden ada kelemahan, yang merasakan presiden sempurna, ini adalah golongan yang Pas.
"Dia tahu presiden lemah, tapi tidak mahu tegur, ini masalah. Mengampu ini mana-mana pertubuhan akan hancur,” tambah beliau dalam satu forum anjuran MalaysiaKini bertajuk "Ke mana Pas tanpa Tuan Guru Nik Aziz" di sini malam semalam.
Beliau juga berkata apa yang berlaku kepada Datuk Seri Hadi Awang ketika ini adalah seperti yang pernah berlaku sewaktu pimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Walaupun saya tidak setuju dengan Tun Mahathir, namun saya selalu membaca artikel-artikelnya dan saya nampak ada rasionalnya.
"Antaranya, beliau berkata, ketika menjadi Perdana Menteri, dia kadang-kadang melakukan apa yang dia lakukan itu kerana tiada siapa yang tegur! orang yang mahu menegur!”
“Tun Mahathir juga menceritakan bagaimana dalam sebuah kerajaan, di mana terdapat seorang raja yang terlampau takut ditegur, dan apabila suatu hari raja itu berbogel, orang boleh kata cantik, padahal raja itu berbogel,” tambahnya.
Hanipa menyifatkan mereka yang tidak berani menegur presiden adalah mereka yang berbohong kepada presiden.
“Maknanya kita tidak mahu bercakap benda benar, ini adalah masalah kerosakan dalam PAS. Selagi kita tidak mengakui benda ini, selagi itu kita tidak boleh maju ke hadapan. Pas, .
Forum tersebut turut dibarisi panelis Pengerusi Islamic Renaissance Front Dr Ahmad Farouk Musa, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang Saari Sungib, dan Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar.
Forum yang dipengerusikan pengarang Malaysiakini Jimadie Shah Othmantu itu dihadiri kira-kira 50 orang.
Hanipa, dalam ucapan penggulungannya, menasihati agar pimpinan PAS supaya lebih matang daripada segi kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat.
" yang paling apabila mereka menyesuaikan diri. Kita dah selesa dengan zon selesa kita, jadi bila kita bercampur dengan parti-parti yang berlainan ideologi dan falsafah, untuk menyesuaikan diri itu memang memakan masa.
"Apa lagi kalau kita pula tak mahu menyesuaikan diri. Kita akan jadi musuh kepada itu. Kita punya tahap toleransi itu mesti lagi lebih daripada biasa. Kalau kita ada toleransi itu, saya rasa kita boleh capai banyak kejayaan," katanya.
#Ahmad Farouk Mus #Fathi Aris Omar #HADI AWANG #Hanipa #Mahathir Mohamad #PAS #Saari Sungib #Suhaizan Kayat