KUALA LUMPUR: Titah Yang di-Pertuan Agong agar ahli-ahli politik tidak menjadikan masa hadapan rakyat dan negara sebagai ‘taruhan’, harus dipandang serius semua pihak berkaitan, kata Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Hamidin Abd Hamid.
Beliau berkata, pesanan dan teguran Tuanku itu merupakan sesuatu yang amat diinginkan rakyat, terutamanya selepas Malaysia sudah terlalu lama berada dalam pandemik COVID-19, sehingga memberi kesan kepada kesejahteraan dan ekonomi negara.
Hamidin berkata, Titah Tuanku selari dengan aspirasi rakyat, supaya persidangan Parlimen kali ini dapat memberi tumpuan dan keutamaan untuk mengembalikan negara kepada landasan yang tepat.
“Ini merupakan perkara yang sangat diinginkan rakyat, supaya Parlimen berikan keutamaan kepada negara. Bukan kehendak parti, bukan kehendak individu.
“Ini harus dilakukan Ahli-ahli Dewan apabila jejak kaki ke Parlimen, fikirkan kepentingan rakyat, hala tuju negara, bukan semata-mata kelangsungan parti, ketua-ketua parti politik dan sebagainya.
“Ini saya kira merupakan satu teguran amat baik yang dilakukan Tuanku, dan ini menepati cita rasa rakyat. Sudah dua tahun rakyat merasakan keterlaluan, apa yang berlaku, diamalkan parti politik terlalu mementingkan kepentingan masing-masing,” katanya kepada Astro AWANI.
BACA: Jangan pertaruhkan masa depan negara, rakyat - pesan Agong kepada ahli politik
BACA: Agong laksana amanah berat lantik PM ke-9, puas hati sokongan 114 ahli Parlimen
SISI TV PARLIMEN, PANTAU APA AHLI PARLIMEN ANDA BINCANGKAN
Terdahulu, dalam Titah Diraja bersempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas hari ini, Agong memberi teguran agar jangan meletakkan masa depan negara dan rakyat, sebagai percaturan untuk mencapai agenda tertentu.
Al-Sultan Abdullah selanjutnya memberi pesanan agar Ahli-ahli Parlimen mengembalikan fokus kepada usaha memerangi COVID-19, serta membawa kembali sinar kepada rakyat dan negara.
Firdaus Azil
Mon Sep 13 2021
Teguran Agong itu merupakan sesuatu yang amat diinginkan rakyat, terutamanya selepas Malaysia sudah terlalu lama berada dalam pandemik. - fotoBERNAMA
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Laksana pengajaran lebih banyak subjek menggunakan bahasa kebangsaan - Prof Ulung
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan bagi lebih banyak subjek di semua sekolah akan bantu meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.
Teks Titah Diraja sempena pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-14
Istiadat pada pagi ini diadakan dalam suasana yang agak berbeza dari norma dan kelazimannya.
Alukan pelaksanaan program sekolah pemimpin masa depan - Al-Sultan Abdullah
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengalu-alukan pelaksanaan program sekolah pemimpin masa hadapan.
Al-Sultan Abdullah zahirkan sukacita dengan keamanan, kesejahteraan serta pencapaian negara
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa bersyukur dengan keamanan, kesejahteraan serta pencapaian negara keseluruhannya.