Tawaran persefahaman rentas parti demi rakyat dan negara - Gerakan

Media Statement
Ogos 14, 2021 11:08 MYT
Apa yang dikemukakan Perdana Menteri bukanlah sekadar retorik justeru parti pembangkang tidak wajar menolaknya demi masa depan negara, kata pimpinan Parti itu dalam satu kenyataan hari ini.
KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia ingin menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif yang telah dimaklumkan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuka kerjasama semua pihak dalam mewujudkan kestabilan politik dan pemerintahan dalam negara.
Presiden Nasional GERAKAN, Datuk Dominic Lau Hoe Chai berkata, apa yang dikemukakan Perdana Menteri bukanlah sekadar retorik justeru parti pembangkang tidak wajar menolaknya demi masa depan negara.
"Persefahaman rentas parti ini adalah kenyataan seorang pemimpin yang berjiwa besar yang memikirkan soal kemajuan negara, bukannya untuk menjaga kepentingan peribadi.
"Cadangan itu adalah peluang untuk membina kerjasama antara parti dan mengembalikan negara ke landasan yang lebih stabil dalam memulihkan kesihatan dan ekonomi negara," katanya bagi mengulas ucapan khas Perdana Menteri berhubungan tujuh tawaran yang dicadangkan Perikatan Nasional kepada parti lain semalam.
Tujuh tawaran Perdana Menteri sekiranya persetujuan bipartisan dicapai
Menurutnya kesan pembaharuan itu jika dilaksanakan bukan saja akan mengubah landskap politik negara pada hari ini malah untuk beberapa generasi akan datang.
Dalam pada itu, Naib Pengerusi GERAKAN, Koo Shiaw Lee juga berkata, semua pihak harus mengetepikan perbezaan politik sesuai dengan slogan 'utamakan rakyat'.
"Tanggungjawab yang lebih penting kini adalah membendung penularan COVID-19, menyelamatkan nyawa dan memulihkan Malaysia,"
"Kita boleh nampak disitu, tujuan PN adalah semata-mata untuk membolehkan kerajaan terus berfungsi di waktu pandemik. Demi rakyat dan negara," ujarnya.
Tambahnya yang juga Ketua Penerangan GERAKAN, ini bukan masanya untuk bertengkar soal siapa yang patut menjadi Perdana Menteri.
[TERKINI] Ucapan Khas Perdana Menteri | 13 Ogos 2021
Kita boleh menyelesaikan masalah itu melalui Pilihan Raya Umum (PRU) dengan mengembalikan semula mandat kepada rakyat.
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Presiden Nasional Parti GERAKAN
Koo Shiaw Lee
Naib Presiden Parti GERAKAN
#Kenyataan Media #GERAKAN #Dominic Lau #Koo Shiaw Lee #Perdana Menteri #Muhyiddin Yassin #ekonomi #COVID-19 #pembangkang #pilihan raya umum #rakyat Malaysia #PRU #pandemik
;