Tanjung Piai Memilih: SPR rekod 37 kesalahan, BN dahului senarai kesalahan bahan kempen

Firdaus Azil
November 8, 2019 14:03 MYT
Turut direkodkan ialah tiga kesalahan bahan kempen yang berunsurkan provokasi dan tidak mempunyai maklumat pencetak. - Gambar fail
Sebanyak 37 kesalahan telah direkodkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai antara 2 hingga 6 November.
Dalam satu kenyataan hari ini, SPR berkata, daripada jumlah itu, Barisan Nasional membuat 20 kesalahan bagi pemasangan bahan kempen (statik), diikuti Pakatan Harapan (8), dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (5).
Turut direkodkan ialah tiga kesalahan bahan kempen yang berunsurkan provokasi dan tidak mempunyai maklumat pencetak.

RINGKASAN MAKLUMAT LAPORAN KESALAHAN SEPANJANG KEMPEN PILIHAN RAYA KECIL (PRK) PARLIMEN P.165 TANJUNG PIAI, JOHOR BERTARIKH SEHINGGA 6 NOVEMBER 2019 pic.twitter.com/4zl9gn8mgG

— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) November 8, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, sebanyak enam laporan polis telah dibuat ke atas Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, merangkap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub ekoran ucapan kontroversi beliau sewaktu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Chio, Kukup Laut, yang didapati berbaur perkauman dan menyalahi undang-undang
#Barisan Nasional #Malaysia Baharu #Pakatan Harapan #Parti Amanah Negara #Parti Gerakan Rakyat #Salahuddin Ayub #sekolah #Tanjung Piai Memilih #Tun Dr Mahathir Mohamad
;