Tamrin Ghafar tarik diri dari Seketariat Deklarasi Rakyat

Astro Awani
Ogos 26, 2016 14:32 MYT
Tamrin menarik diri daripada Sekretariat Deklarasi Rakyat yang diketuai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tamrin Abdul Ghafar, anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba telah menarik diri dari Seketariat Deklarasi Rakyat yang diketuai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau turut mengesahkan tidak akan menyertai parti baru yang sedang diusahakan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Keputusan itu adalah muktamad dan berkuatkuasa hari ini (Jumaat)," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurut Tamrin, buat masa ini beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik selepas keluar daripada PAS pada 2014.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menghantar permohonan daftar parti kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) di Putrajaya pada 9 Ogos lalu.
BACA: Parti Bersatu: Apa yang kita tahu setakat ini
#Muhyiddin Yassin #Parti Bersatu #parti politik #Tamrin Ghafar