Takiyuddin dilantik semula Setiausaha Agung Pas

Hafiz Marzukhi
Mei 1, 2017 17:48 MYT
Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan dilantik semula sebagai Setiausaha Agung Pas bagi sesi 2017 hingga 2019. -Gambar fail
Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan dilantik semula sebagai Setiausaha Agung Pas bagi sesi 2017 hingga 2019.
Pelantikan tersebut diumumkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Kami bermesyuarat sebentar dan bersetuju untuk melantik semula Datuk Takiyuddin sebagai Setiausaha Agung.
"Itu sahaja pelantikan yang telah dipersetujui. Kami akan umumkan yang lain," kata Abdul Hadi ketika sidang media selepas berakhirnya Muktamar Pas Pusat ke-63 di Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut dekat sini petang tadi.
#Abdul Hadi Awang #Kompleks Pas Kedah #Muktamar Pas #PAS #Takiyuddin Hassan
;