Syed Saddiq akan cadang perbahasan dibuka kepada media
Arfa Yunus, Wan Syamsul Amly, Rahimah Abdullah, Hilal Azmi
Disember 29, 2018 14:30 MYT
Disember 29, 2018 14:30 MYT
Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mencadangkan kepada pimpinan tertinggi parti supaya perbahasan perwakilan dibuat secara terbuka.
Ia berikutan perbahasan perwakilan Bersatu Armada dan Srikandi pada Sabtu yang tidak membenarkan media membuat liputan.
“Saya akan membawa cadangan itu (perbahasan perwakilan secara terbuka),” katanya dalam sidang media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2.
Dalam pada itu, Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun berkata, beliau bersikap terbuka terhadap perbahasan perwakilan.
“Ini adalah persidangan pertama (Srikandi dan Armada). Dari segi ucapan (Ketua Srikandi), saya terbuka pada hujah. Untuk penggulungan, kita akan beritahu media,” katanya.
Pada pagi Sabtu, dua ketua sayap Bersatu itu menyampaikan Ucapan Dasar masing-masing dan memberi peluang kepada media membuat liputan.
Namun, perbahasan usul perwakilan dibuat secara tertutup dan media tidak dibenarkan masuk.
#Ketua Armada Bersatu
#PATBersatu2018
#perhimpunan
#politik
#Putrajaya
#Srikandi
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman