Syed Ali pula tinggalkan UMNO

Sinar Harian
September 24, 2018 13:56 MYT
Bekas Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan itu berkata, keputusan itu dibuat atas sebab tertentu iaitu demi menjaga survival orang Melayu di Wilayah Persekutuan. - Gambar fail
Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee mengumumkan keluar daripada parti keramat Melayu itu, sebentar tadi.
Bekas Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan itu berkata, keputusan itu dibuat atas sebab tertentu iaitu demi menjaga survival orang Melayu di Wilayah Persekutuan.
"Secara rasminya saya nak beritahu bahawasanya saya ambil keputusan yang berat untuk saya umumkan di sini saya keluar daripada UMNO," katanya di Dewan Pusat Rekreasi, Cheras, sebentar tadi.
#Cheras #parti keramat Melayu #Syed Ali Al-Habshee #UMNO
;