Syahir cadang debat isu pendidikan, Fadhlina Siddiq-Haim Hilman
Irfan Faruqi
Ogos 13, 2023 16:04 MYT
Ogos 13, 2023 16:04 MYT
Ahli Parlimen Bachok mencadangkan agenda debat berkaitan isu nasional diteruskan. - Gambar fail/ASTRO AWANI
KUALA LUMPUR: Selepas tampil berdebat dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman hari ini mencadangkan agar agenda debat berkaitan isu nasional diteruskan.
Syahir menerusi hantaran di media sosial mengusulkan agar debat mengenai isu pendidikan pula diangkat dalam siri debat kali ini.
"Debat. Saya cadang diteruskan, tajuk pendidikan. Jemput YB Prof Haim berdepan YB Menteri Pendidikan, Fadhlina Siddiq," katanya dalam hantaran hari ini.
Haim Hilman Abdullah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.
Syahir turut mencadangkan agar tuan rumah bagi debat tersebut dianjurkan secara bersama oleh Astro AWANI dan RTM.
Buat Astro AWANI pula, ia sentiasa bersedia untuk membuka pentas debat, agar menjadi medan menjana lebih banyak idea dalam memperhebatkan pendidikan negara.
Pada 9 Ogos lalu, Astro AWANI dan RTM telah menganjurkan debat Model Ekonomi Baharu Malaysia yang menampilkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan ahli Parlimen Bachok itu.