Surat Anwar: 'Tidak wajar dibincangkan di luar parti' - Azmin
Hafiz Marzukhi
Mei 18, 2016 17:06 MYT
Mei 18, 2016 17:06 MYT
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali senada dengan pendirian presiden parti dalam soal surat dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ia adalah hal dalaman parti, tidak wajar dibincangkan di luar.
"Apabila ia hal dalaman parti, adabnya adalah untuk berbincang dalam kalangan parti," jelas beliau yang enggan mengulas lanjut.
Selain itu, beliau turut ditanya tentang calon yang bakal ditampilkan pihak pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar bulan hadapan.
"Saya berharap ia (pertandingan) satu lawan satu antara kami dan Barisan Nasional.
"Saya akan terus membincangkan perkara tersebut sesama parti komponen Pakatan Harapan serta PAS," kata Azmin.
Tambahnya, parti-parti pembangkang harus belajar dari pengalaman di Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini, di mana pertindihan beberapa kerusi antara parti pembangkang menyaksikan BN menang 72 daripada 82 kerusi.