Sumber dana untuk parti politik perlu pemantauan - Paul Low

Hafiz Marzukhi
Ogos 10, 2015 23:04 MYT
PAUL: Aktiviti politik memerlukan dana yang besar kerana untuk bertanding dalam pilihan raya memerlukan sejumlah wang. - Gambar Fail
Satu mekanisme diperlukan bagi memastikan parti politik mendapat dana dari saluran yang betul.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, ia bagi memastikan tiada elemen rasuah menyerap masuk ke dalam institusi politik negara.
Beliau berkata, aktiviti politik memerlukan dana yang besar kerana untuk bertanding dalam pilihan raya memerlukan sejumlah wang.
Ia, katanya mewujudkan keadaan di mana parti politik sanggup menerima wang dari pelbagai sumber.
"Apabila mereka memberi dana kepada parti politik, mereka mengharapkan agar dapat peluang untuk mempengaruhi penggubalan dasar apabila parti tersebut menjadi parti pemerintah, atau mereka ingin dibayar melalui pemberian kontrak dan lesen. Apabila itu berlaku, korupsi mula menyerap masuk," katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Astro Awani Pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini.
Menurut Low, kerajaan berhasrat untuk mengkaji keperluan ini dan mengambil langkah yang sepatutnya bagi mengawal pemberian dana kepada parti politik.
Isu pembiayaan dana politik hangat diperkatakan ketika ini susulan pendedahan derma bernilai RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
BACA: Takkan timbul kemelut dana politik jika saranan GTP diterima dulu - Idris Jala
BACA: Paul Low cadang undang-undang mengawal pembiayaan politik
BACA: 'Saya percaya Najib urus dana politik dengan baik' - Tajuddin
#Najib Razak #Paul Low #SPRM #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
;