Sumbangan kewangan, penyenggaraan, staf Yayasan Perdana dihentikan

Harits Asyraf Hasnan
Jun 24, 2016 20:47 MYT
MT UMNO berkata, Tiada guna beri sumbangan kepada pusat yang merancang menjatuhkan kerajaan. - Foto Astro AWANI/HARITS ASYRAF HASNAN
Majlis Tertinggi UMNO menggesa kerajaan menghentikan pemberian sumbangan kewangan, penyenggaraan dan juga staf kepada YayasanPerdana.
Katanya, tiada guna untuk kerajaan menyalurkan kewangan kepada pusat yang digunakan untuk menjatuhkan kerajaan.
"Di atas saranan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, MT juga minta pihak kerajaan untuk memutus segala sumbangan kewangan kepada Yayasan Perdana.
"Sama ada dari segi peruntukan kewangan, penyenggaraan dan juga staf kakitangan yang dibekalkan kepada Yayasan Perdana kerana (yayasan itu) digunakan sebagai pusat untuk merancang untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak mengikut perlembagaan.
"Kerajaan yang dipilih sah berdasarkan undang-undang. Tiada guna beri sumbangan kepada pusat yang merancang menjatuhkan kerajaan," katanya.
Justeru, kakitangan Yayasan Perdana Global akan mendapat surat pemberhentian yang sewajarnya.
#bantuan kewangan #MT UMNO #UMNO #Yayasan Keamanan Global Perdana #Yayasan Kepimpinan Perdana
;