Sultan Nazrin Shah belum beri sebarang ketetapan berkaitan pembubaran DUN - MB Perak

Amirrul Rabbani
Oktober 12, 2022 16:43 MYT
Saarani Mohamad berkata perkara itu dititahkan baginda pada sesi sembah menghadap yang berlangsung di Istana Kinta di sini, pada Rabu. - Gambar fail
IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah belum memperkenankan lagi permohonan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dijalankan serentak dengan Parlimen.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata perkara itu dititahkan baginda pada sesi sembah menghadap yang berlangsung di Istana Kinta di sini, pada Rabu.
Saarani berkata, Baginda mengambil maklum permohonan yang dinyatakan Saarani menerusi warkah permohonan pembubaran DUN dan Sultan Nazrin akan membuat pertimbangan yang sewajarnya.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]
#Sultan Nazrin Muizzuddin Shah #bubar DUN #PRU15 #Saarani Mohamad
;