Sukar bagi Dyana mendapat dana kerajaan - Ahmad Maslan

Teoh El Sen
Mei 28, 2014 08:35 MYT
Ahmad Maslan: Dalam konteks Malaysia, itulah yang berlaku, kita tidak hipokrit. Wakil BN pastinya akan diberi perhatian yang lebih.
Sukar buat ahli parlimen dari pihak pembangkang untuk memohon dana dari kerajaan, kata Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan pada Rabu.
Ahmad berpendapat bahawa pengundi di Teluk Intan akan menjadi lebih baik jika memilih calon yang mewakili BN, iaitu Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, kerana beliau mendapat sokongan penuh kedua-dua Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
“Jika pengundi – pengundi memberi mandat kepada BN, kita yakin perkara tersebut akan memberi banyak perubahan kepada Teluk Intan.
“Saya dah keluar masuk kampung-kampung dan melihat banyak yang boleh dilakukan dari segi infrastruktur.
Satu-satunya calon yang disokong penuh oleh kerajaan negeri dan persekutuan adalah Mah” kata Ahmad yang ditemui pemberita selepas ceramah BN semalam.
Pengundi perlu berfikir dan sedar mengenai perkara ini dan sedia maklum akan kesan dari pengundian mereka” jelas Ahmad.
Ahmad yang juga merupakan ahli parlimen Pontian berkata, calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud pasti sukar untuk membangunkan kawasan Teluk Intan itu kerana wawasan Dyana tidak akan selaras dengan apa yang kerajaan Negeri dan Persekutuan mahu.
"Sudah tentu beliau tidak akan mendapat perhatian yang memuaskan" kata Ahmad lagi.
Ditanya sama ada perkara tersebut bagaikan 'double standard ' dan tidak adil kepada pengundi yang tidak mengundi BN, Ahmad berkata itu adalah realiti politik di Malaysia.
"Dalam konteks Malaysia, itulah yang berlaku. Kita tidak hipokrit. Wakil BN pastinya akan diberi perhatian yang lebih.
"Perkara yang sama berlaku di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang. Wakil-wakil mereka mendapatkan perhatian yang lebih" katanya.
Mah, 53, menghadapi Dyana, 27, dalam pertandingan satu lawan satu bagi kerusi parliman Teluk Intan yang berlangsung 31 Mei ini.
Mah yang juga anak jati Teluk Intan adalah bekas Timbalan Menteri dan juga merupakan Ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal dan juga bekas ADUN Pasir Bedemar .
Sementara itu, Dyana adalah seorang peguam dan setiausaha politik bekas penasihat DAP Lim Kit Siang .
Kerusi jatuh kosong selepas bekas Ahli Parlimen Teluk Intan dari DAP, Seah Leong Peng meninggal dunia akibat kanser pada 1 Mei.
#DAP #Datuk Ahmad Maslan #Dyana Sofya Mohd Daud #engerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN) #Pesiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong #Pilihanraya kecil Teluk Intan
;