#SuaraMalaysia: Majoriti mahu gaji menteri turut dipotong

Astro Awani
November 27, 2022 19:12 MYT
Daripada 6,831 responden yang mengikuti kaji selidik #SuaraMalaysia ini, majoriti mahu menteri-menteri kerajaan baharu turut dipotong gajinya. - Gambar/ Astro AWANI
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa beliau berpegang kepada janjinya untuk tidak mengambil gaji.
Adakah hanya Perdana Menteri yang tidak mengambil gaji? Bagaimana pula dengan jemaah menterinya nanti? adakah perlu kekal dengan gaji sedia ada atau dipotong?
Kami telah bertanyakan kepada pembaca dan penonton Astro AWANI mengenai kecenderungan, serta isu-isu berkaitan pilihan raya di pelbagai platform kami.
Ini soalan yang kami lontarkan sejak 12 tengah malam tadi - PM tak ambil gaji. Bagaimana pula barisan Jemaah Menteri?
Kami beri tiga pilihan jawapan dan ini keputusan yang diperolehi setakat jam 6 petang Ahad.
Daripada 6,831 responden yang mengikuti kaji selidik #SuaraMalaysia ini, majoriti mahu menteri-menteri kerajaan baharu turut dipotong gaji.
Sebanyak 92 peratus memilih potong gaji, diikuti 5 peratus kekal dengan gaji penuh, manakala 3 peratus lagi mahu gaji menteri dinaikkan.
Mengangkat tema "Malaysia Memilih" sempena PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan.
Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam, dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.
#SuaraMalaysia #Perdana Menteri #potong gaji #Anwar Ibrahim #PM10
;