Astro AWANI yang melakukan soal selidik mengenai kecenderungan, serta isu-isu berkaitan pilihan raya di pelbagai platform kami, telah melontarkan soalan - Anda puas hati dengan manifesto parti politik? - sejak jam 12 tengah malam tadi.
Kami beri tiga pilihan jawapan dan ini keputusan yang diperolehi setakat jam 6 petang Rabu.
Daripada 1,088 responden yang mengikuti kaji selidik #SuaraMalaysia ini, didapati jumlah yang sama untuk berpuas hati dan tidak.
Sebanyak 37 peratus memilih ya, diikuti 37 peratus tidak, manakala 26 peratus tidak peduli.
Mengangkat tema "Malaysia Memilih" sempena PRU15, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan.
Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam, dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.