#SuaraMalaysia: 67 peratus responden minat baca manifesto politik

Astro Awani
Oktober 24, 2022 22:12 MYT
Lebih separuh iaitu seramai 67 peratus menyatakan mereka minat membaca manifesto parti politik. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kami telah bertanyakan kepada anda di pelbagai platform Astro AWANI.
Ini soalan yang kami lontarkan sejak 12 tengah malam tadi - adakah anda minat baca manifesto parti politik?
Kami beri tiga pilihan jawapan dan ini keputusan yang diperolehi setakat jam 6 petang Isnin.
Daripada 1,818 responden yang mengikuti kaji selidik #SuaraMalaysia ini, lebih separuh iaitu seramai 67 peratus menyatakan mereka minat membaca manifesto parti politik.
Mengikut pecahan, hanya 30 peratus yang tidak berminat sementara tiga peratus lagi memberitahu mereka tidak tahu.
Mengangkat tema "Malaysia Memilih" sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia bermula 17 Oktober lalu.
Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama wakil politik, penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan.
Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam, dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.
Kami juga akan menggunakan tanda pagar #SuaraMalaysia di media sosial bagi mengikuti segala komen dan pandangan anda tentang isu yang diutarakan.
Apa yang perlu anda buat, tonton segmen berita kami di saluran 501 AWANI dan imbas kod QR yang tertera untuk mengakses soalan yang disediakan.
#manifesto politik #SuaraMalaysia #PRU15 #Malaysia Memilih
;